Monday, June 23, 2014

Aku Menangis Kerana Cinta.

"saya nak jadikan awak suri dalam hidup saya." Mira membaca mesej yang dihantar Shahril kepadanya. Mesej yang di hantar ke telefon Samsung Corby itu ditatap bekali-kali seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya. Pandangannya menjadi kabur dan setitis air mata gugur di pipinya yang mulus. 

Air mata yang mengalir bukan air mata kegembiraan tetapi air mata kesedihan. Bukannya dia tidak tahu tentang perasaan Shahril kepadanya, cuma dia tidak mampu untuk mencintai lelaki itu. Hatinya masih kepunyaan kekasih lamanya, entah mengapa dia seperti tidak dapat melupakan lelaki pertama yang hadir dalam dirinya. Mungkin benar kata orang cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk dilupakan.

Mira tidak tahu bagaimana ingin membalas mesej yang dihantar Shahril kepadanya. Dia membuat keputusan untuk menelefon terus kepada Shahril bagi menyatakan pekara yang sebenarnya. 

"awak saya dalam kereta ni nanti kol balik" 

Kata Shahril apabila mengangkat telefon. Nada suaranya jelas keriangan. 

"baiklah."

Mira menghempas badannya di katil. dia menangis semahu-mahunya. Bagaimana dia mahu memberitahu Shahril tentang perasaannya. Perlukah dia melukai lelaki yang tulus mencintaiinya. Hanya air mata sebagai jawapannya.